The Best Part Of My Life

If you can't have what you love, you have to learn to love what you have.

Saturday, 5 August 2017

"Perjalanan hidup bermula apabila kau sudah habis study"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan baik² sahaja dan dipermudahkan segala urusan. Aminn 😊 Finally, hari ni dapat juga nak update entri terbaru setelah sekian lama menyepi 😂 Tak adalah sampai menyepi, tapi sebab busy sikit. Hehe. Dalam beberapa bulan lepas, ada update pasal zaman diploma kan. And now, nak update pasal perjalanan selepas habis study.

Jujur cakap, kehidupan lepas habis belajar ni, lagi banyak dugaannya. Banyak pahit dari yang manis. Ya, lepas habis belajar, aku menganggur hampir 5 bulan. Selama 5 bulan menganggur tu, tipulah kalau tak pernah try hantar resume kat mana² company and pergi interview. Ada yang sampai mohon kerja kat jobstreet, ada yang sampai mohon SPA. Dah merata² dah berjalan kat online cari kerja.

Tapi itulah, rezeki tak menyebelahi 😢 Sampai ada satu hari tu, dah putus asa nak hantar resume kat tempat lain dah. Sebab kebanyakkan tempat nakkan pengalaman. And ada satu hari tu, kawan suruh try hantar resume kat company dia sebab time tu memang company tu nak pakai orang yang baru habis belajar. So, aku pun just try je lah. Dalam hati just cakap, ada rezeki, adalah nanti. Memang time tu tak mengharap sangat pun.

Dalam pada masa yang sama, aku suggestkan juga kat kawan baik aku sorang ni apply sekali kat company yang sama. So, kitaorang cuba nasib kat situ even company tu dekat Penang 😂 Lepas beberapa hari tu, ada dapat panggilan dari company tersebut. HR tanya, hari apa yang boleh datang untuk interview? Time tu, aku rasa excited gila sebab dapat interview 😂 Kebetulan pula, kawan baik aku pun dapat panggilan yang sama untuk interview.

Happy jugalah sebab masa interview nanti ada kawan berteman 😂 Tiba hari interview tu, interview punya interview, HR tu cakap, "nanti akan confirm balik bila boleh masuk kerja." So secara tak langsung, aku dan kawan baik aku ni dah confirm dapat kerja 💃Happynya tak payah cakap. Yeahh, akhirnya dapat juga kerja. Terima kasih, ya Allah ❤ Berminggu jugalah nak tunggu bila dapat masuk kerja. Hari demi hari, dapat panggilan dari company tersebut and masuk kerja awal bulan 5.

And yang paling happy lagi bila kawan baik sendiri dapat masuk tempat kerja sama tarikh dengan aku. Ya Allah, syukur sangat sebab masih lagi bersama kawan baik even dah habis zaman belajar. Syukur alhamdulillah ❤ Tibalah hari yang dinanti-nantikan. 3/5/17 adalah first day masuk ke alam pekerjaan. Happy, berdebar² and takut. Dan inilah first time juga kerja di negeri orang. Ya Allah, kuatnya aku time ni 😢 Time ni aku sanggup berjauhan dengan family 😢

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik sahaja time first day kerja. Dapat pula batch yang sekepala. Semua jenis masuk air punya 😂 Hari demi hari, berjalan seperti biasa. Even ada beberapa hari stress. Normallah tu kan, kerja mana je yang tak stress 😂 Kehidupan bekerja berjalan seperti biasa. Sampailah satu hari tu, dalam bulan ramadhan 😢 Tengah siapkan kerja sebelum balik, kawan baik aku ni kata, "zati, kita dah tak nak kerja sini dah. Serius, kita berhenti harini." Ya Allah, perasaan masa tu still lagi terkejut and terpingga².

Masa tu, mata dah berkaca habis dah. Dalam hati kata, apa yang sedang berlaku nii 😭 Balik kerja tu, pelik kenapa tiba² kawan baik aku ni nak berhenti tiba². Dia pun explain punya explain, masa tu redha dengan tak redha je 😭 Menangis teresak² sampaikan mata bengkak. Air mata tu laju je mengalir. Ya Allah, time itu rasa macam down sangat. Memang dugaan datang secara tak duga 😭 Ya, mungkin bukan rezeki kawan baik aku kat sini. Mungkin Allah nak bagi dia tempat yang lagi baik.

Dalam keadaan mata tengah basah tu, terpikir juga macam mana nak lalui kehidupan lepas ni. Mana taknya, pergi kerja sama², mana² mesti pergi sama². Macam mana aku nak lalui semua benda sorang²? Ya, memang dugaan sebab setiap kali nak pergi kerja, mata mesti berkaca. Setiap kali tengah buat kerja, mata ni mesti tengok kat meja sebelah yang dah kosong. Tambah sedih lagi, bila orang lain tanya pasal kawan baik aku tu, kenapa dah tak nampak dalam beberapa hari lepas tu.

Tak tahu nak explain macam mana sebab setiap kali nak bagitau, mata mesti dah berkaca 😭 Lagi tambah sedih bila time nak berbuka puasa, mesti teringat semua kenangan dengan kawan baik tu 😭 Makan masa juga untuk nak hilangkan rasa sedih semua. Buat kerja semua tak kena. Hari demi hari, perlahan-lahan aku redha lepaskan kawan baik aku 😢 Ingatkan diri, tak semua benda kita dapat bersama kawan baik selama²nya. Ya, dari situ aku belajar segala-galanya.

Aku belajar berdikari seorang diri di tempat orang. Semua benda aku buat sendiri. Kadang², aku terpikir juga nak berhenti. Tapi kawan baik aku kata, "Jangan T. Ingat family awak. Awak harapan diaorang. Awak boleh buat, jangan risau." Dan kata² inilah, alhamdulillah terima ya Allah ❤ bagi aku kekuatan sampailah sekarang. Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, dah genap 3 bulan aku di sini. Terima kasih yang mendoakan. Terima kasih kepada kawan baik sebab sentiasa bagi semangat. Terima kasih kepada family yang sentiasa bagi support ❤

Doakan yang baik² sahaja untuk aku di sini. InshaaAllah, ada rezeki, adalah aku di sini. Semoga anda semua dapat dipermudahkan segala urusan dengan baik ❤ Terima kasih yang sudi membaca post ini.

P/s: Berita baik - Kawan baik aku dapat sambung degree awal bulan 9 ni. Alhamdulillah ❤ Doakan yang baik² saja ya 😊


Monday, 13 February 2017

Zaman Diploma

Hi and assalamualaikum.

Mood hari ni, tetiba rasa nak update pasal zaman diploma yang baru saja berakhir pada tahun lepas. Rindu? Tipulah kalau tak ada rasa rindu sedikitpun. 3 tahun kot susah senang menangis ketawa bersama. Serius, rindu gilaa (tanpa sedar, air mata dah mengalir) 😿 Tak tahu kenapa rasa sebak sangat :'(

Yang ni, gambar sekelas masa Semester 1. Muka zaman muda mudi dulu. Hihi.

Jujur saya cakap, masa saya mula-mula masuk belajar dulu, saya memang bukan jenis yang cepat peramah dengan orang. Susah nak rapat dengan orang yang baru kenal. Tapi bila nak kenal dalam sebulan lebih, hanya rapat dengan beberapa orang saja. Memang jenis tak bercakap sangat. Tegur-tegur macam tu je. Maklumlah, baru nak menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Tapi bila masuk je Semester 2, Ya Allah, tak tahu nak cakap. Sebab terlampau peramah sangat dengan kawan sekelas. Dari tak kenal, jadi kenal. Dari tak rapat, jadi rapat. Yes, mulut ni sentiasa potpetpotpet dalam kelas. Kebiasaannya bila lecturer lambat masa class, masing-masing main handphone. Maklumlah wifi free kan. Hehe. Haa, time tu lah kacau dioarang sampailah diaorang rasa annoying. Hahaha.

Yang ni pula, gambar sekelas masa Semester 2. 

Okay, cerita pasal hostel pula. Saya duduk hostel hanya Semester 1 je. Naik Semester 2, saya duduk rumah sewa dengan kawan serumah saya (majoriti classmates). Sebab duduk luar hostel? Mungkin sebab ada peraturan. Hihi. Sebenarnya saya tak plan langsung nak duduk luar hostel. Sebab target saya dulu, nak duduk hostel sem depan. Alih-alih, payah sangat, cari rumah sewa.

Memang kalau duduk luar hostel, banyak duit nak kena keluarkan, Tapi serius, bestt! Ada orang tanya, "Tak ada masalah ke dengan housemates? Sebab majoriti classmates sendiri. Yelah, pagi jumpa di class and malam pun jumpa lagi. Kalau gaduh macam mana?" Tipulah kalau saya cakap, tak ada gaduh langsung. Tipu sangat kot. Benda gaduh-gaduh ni, biasalah. Tapi percayalah, benda macam nilah yang membuat saya menerima kelemahan orang lain. Dan benda macam nilah juga, membuat saya lebih matang dari hari ke hari. Kalau ada masalah, share sama-sama. Senang kata, susah senang bersama. 

Haa, tu lah antara housemates a.k.a classmates saya (tak termasuk lelaki tu yee)

Disebabkan saya duduk di Perak, saya selalu ulang alik ke Penang (tempat belajar). Tak ada selalu sangat, sebulan 2 kali balik Perak. Jalan kaki, naik bas pergi ke Jeti. Masa belajar dulu, kaki memang banyak pengorbanan. Hehe. Nak jimat duit punya pasal. Sampai je rumah sewa kat Penang, berpeluh-peluh. Ya Allah, rindu pula masa tu. Huhu. 


Jangan ingat pengorbanan kaki ketika balik kampung je. Pergi ke class pun, rasa macam 20km jauhnya. Ehh, tak adalah sampai 20km. Sebenarnya tak jauh antara rumah sewa ke class. Tapi  yang membuatkan rasa jauh bila class tiba-tiba ada. Time tu merungut semua ada. Itu belum termasuk assignment yang bakal melanda. Hahaha. 


Nak cerita sikit pasal kawan serumah. Sebenarnya untung tau dapat kawan serumah yang sama course. Ye lah, nak dapat info pasal class cancel ke, seorang dapat tahu pun dah cukup. Kemain riuhnya rumah sewa tu. Hihi. Lagi satu, kalau nak bangun pagi pun, senang. Member sebelah tolong gerakkan. Maklumlah, alarm saya kuat tambah lagi bila buat tak tahu je dengan alarm tu. Last-last, member yang tolong gerakkan setiap pagi. Susah tau weh nak dapat member macam ni. Alamak, dah terinduu. Huhu.



Jujur saya cakap, saya rindu zaman diploma. Rindu kawan sekelas saya. Rindu kawan serumah saya. Rindu nak pergi class. Rindu nak pergi pasar malam dengan kawan serumah. Rindu masa hujung minggu dengan kawan serumah. Rindu nak tengok movie ramai-ramai. Rindu nak membahan. Rindu nak karok dengan kawan serumah. Rindu nak cari makan sama-sama. Rindu nak buka puasa sama-sama. Rindu semua kotttt! Bila nak together sekali macam dulu? Huhu. 

Banyak kenangan yang tak boleh lupa. Why? Banyak benda yang kitaorang spent time together. Rasa macam nak patah balik masa zaman diploma. Rindunya tak tahu nak cakap. InshaaAllah kalau ada rezeki, berjumpalah balik dengan kawan sekelas masa konvo nanti. Doakan yee :) #RoadToConvocation





Saturday, 11 February 2017

Perjalanan Selepas SPM






Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sebenarnya saya kekeringan idea nak post entri apa lagi. Hihi. Okay, memandangkan saya rindu zaman diploma saya, jadi saya throwback balik untuk post kali ni. Serba sedikit tentang study saya, saya merupakan ex-student di sebuah IPT. Bermula masuk belajar dari November 2013 sehinggalah November 2016 ( 3 tahun ).




Sebelum saya masuk di sebuah IPT, saya pernah sambung belajar di kolej swasta pada Jun 2013. Course yang saya ambil waktu tu, Diploma Farmasi. Tapi tak lama saya belajar kat situ. Hanya setengah bulan je, lepas tu saya berhenti. Kenapa? Adalah masalah keluarga sikit time tu. Sedih tak? Tipulah kalau saya tak rasa sedih. Tapi ye lah kan, tak ada rezeki. Cuma dapat kenal dengan kawan serumah even sekejap. Rindunyaaaaaaa.

Inilah housemates saya dulu ketika belajar di KL. Rindunya kat diaoranggg.


Selepas saya berhenti belajar di KL, saya diberi dua pilihan samada nak masuk SeGi Kolej ataupun PLKN. Jadi saya pilih untuk pergi ke PLKN dari masuk SeGi Kolej sebab saya belum bersedia lagi nak perah otak time tu. Dan saya pun pergi PLKN selama 3 bulan.

Inilah kawan dorm saya masa PLKN beberapa tahun lepas.


Dan selepas habis PLKN selama 3 bulan, saya dapat tawaran ke IPT dengan course Kejuruteraan Elektronik. Memandangkan saya dah tak tahu nak buat apa lepas habis PLKN masa tu, jadi saya terima sambung belajar di IPT. Belajar 3 tahun, tapi segala pahit manis semua ada. Berhempas pulas, memerah otak, selama belajar di situ.

Dan inilah kawan sekelas saya selama 3 tahun bersama.

Inilah secara ringkas perjalanan hidup saya selepas SPM. Tak terlalu detail sangat saya cerita. Ada masa, saya cerita satu per satu. Dan alhamdulilah, saya baru sahaja habis belajar pada november lepas dan kini Road to Convocation sahaja. Apa saya nak bagitau sini, sebenarnya banyak hikmah kenapa saya berhenti kolej swasta di KL. Banyak hikmah juga kenapa saya masuk PLKN. Dan banyak hikmah juga kenapa saya masuk IPT.

Ada masa nanti, saya cerita satu per satu tentang PLKN dan IPT. 


Tuesday, 31 January 2017

Penganggur Terhormat


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah sekian lama tak muncul, finally dapat juga publish post ni. Hihi. Berkenaan dengan tajuk di atas, kalau boleh saya ingin bertanya pendapat ataupun mungkin juga sedikit motivasi untuk diri saya ini. 

Berdasarkan apa yang korang lihat pada profile blog saya ni, i have a diploma yang baru sahaja habis belajar pada bulan november 2016. Maksud saya, i'm a fresh graduate. Ya, memang kena betul kan dengan tajuk di atas. Huhu. So, saya nak ceritakan serba sedikit tentang penganggur terhormat ni memandangkan sesuai pula dengan keadaan saya sekarang ni. Huhu.


Selepas saya berjaya mengharungi zaman diploma, saya rasa lega sebab lepas ni saya tak perlu hadap assignment sampai tengah malam, makan pun ala kadar je dan tidur pun tak cukup. Maksud saya di sini, yeahh bebas! Sangkaan saya lepas habis belajar ni, senang dapat kerja and dapat beberapa tempat untuk di'interview'. Tapi realitinya....


Kecewanya, tak payah cakap. Tipulah kalau saya tak hantar resume langsung kat mana-mana syarikat. Ada yang saya hantar guna email, and ada juga saya hantar sendiri. Jobstreet? Dah, saya dah apply banyak syarikat. Bukan kat jobstreet je tau, kat laman web MauKerja pun ada juga apply sana. And sementara tu, saya ada juga apply SPA. Yelah, mana tahu ada rezeki kan. Cuba je lah.

Tipulah kalau saya kata tak cemburu bila tengok kawan-kawan lain yang dah dapat kerja. Ya, rezeki diaorang dapat awal. Rezeki saya, mungkin lambat sikit. Kadang-kadang, saya dah rasa give up sangat. Stress bila setiap hari memikirkan benda yang sama. Dan sampai satu tahap, ramai yang lebih menggalakkan saya untuk terus sambung ke degree.

Kalau diikutkan zaman kini, memang rata-rata ramai graduan yang menganggur disebabkan tak dapat kerja lagi. Tambah lagi, ini tahun 2017! Memang banyak pesaingan kat Malaysia ni. Dan saya banyak juga scroll pasal graduan degree dan master pun belum dapat kerja lagi. Itu degree dan master tau, apatah lagi saya yang hanya ada diploma je. 

Saya tahu, ramai yang complain kebanyakkan syarikat semua nak ambik yang ada pengalaman sahaja. Yang fresh graduate ni, diaorang takkan layan. Based on company juga laa kan. Fuhh, sedih! 


Berbalik pada yang ramai menggalakkan saya sambung study ke degree tadi. Sebenarnya, saya memang tak ada plan langsung nak terus sambung ke degree. You know what, zaman diploma pun saya tungang-langgang, inikan pula zaman degree. Dan inilah juga salah satu cadangan mak ayah saya bila melihat anaknya yang susah cari kerja dengan hanya menggunakan diploma je.

Yang sebenar-benarnya plan saya lepas habis diploma, saya nak kerja je. Tak terfikir pun nak sambung belajar. My parents sangat berharap supaya saya setuju untuk sambung study ke degree. Actually, saya dah menganggur hampir 3 bulan dah tapi still tak dapat mana-mana interview. Dan selama 3 bulan ni lah, saya terlalu memikirkan pasal kerja je.


Penganggur terhormat. Itulah saya! Yang memegang jawatan tu. Huhu. Apa-apa pun, doakan saya supaya dipermudahkan urusan. Doakan yang terbaik untuk saya. Dan doakan saya semoga saya tak cepat give up.

Tuesday, 24 January 2017

Tempat menarik di Penang




Dan selamat sejahtera. Semoga anda semua dalam keadaan baik-baik sahaja dan dipermudahkan segala urusan anda. So, for the first time untuk permulaan post entri ni, saya nak share sedikit tentang tempat menarik di Penang. Bukan apa, saya tahu serba sedikit pun sebab dulu saya ada study kat sana. So rugilahkan kalau saya tak jalan-jalan kat sana kan. Hehe.

Okaylah, saya cerita sikit masa jalan-jalan di Penang haritu. You know what, saya pergi pusing Penang ni, dengan hanya menaiki basikal je. Bukan apa, kitaorang nak save bajet lah kan. Kitaorang sewa basikal sehari RM 10. Murah kan? Tak percaya? Tengok ni.


So, lepas kitaorang dapat dah sewa basikal, kitaorang pusing Penang cari museum. Hehe. Antara kitaorang jumpa museum ialah,

WONDERFOOD MUSEUM PENANG



Amacam? Best tak? Actually banyak lagi gambar kat museum tu, tapi banyak dah saya tapis. Harga masuk? Hmm, disebabkan dulu saya student, saya guna kad diskaun pelajar. So, saya hanya bayar RM10 je. Yang harga lain, saya tak berapa nak ingat. Hehe. Next kitaorang pusing lagi ke,

UPSIDE DOWN MUSEUM PENANG





Haa, itulah antara gambar masa di museum tu. Menarik tak? Mana yang tak pergi lagi tu, cepat-cepatlah pergi. Actually, ada lagi tempat-tempat lain yang menarik. Banyak lagi saya tak habis cerita. Tapi saya update sampai di sini dulu. Apa-apa nanti, saya akan update lagi ye.